Posted by: princess alessandra on: January 31, 2009
“Seringkali aku berfikir,
Bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi kita,
Tetap senyum bila dibenci,
Tetap membantu bila walau disakiti,
Tetap menyeru walau diusir pergi,
Tetapi mengapa kita mudah membenci bila dikasari,
Mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi,
Mudah kecewa bila orang lain tidak memahami,
Mudah terguris bila diri dinasihati,
Ayuh kita teruskan mujahadah,
Agar segala yang indah menghiasi peribadi,
Kerana qudwah kita adalah Nabi,
Kerana itulah sifat hamba Allah yang hakiki.”
Recent Comments